Saturday, December 31, 2011

Dasar penipu

salam,

kebelakangan ni aku selalu dapat mesej bahawasanya aku telah memenangi sejumlah duit tanpa menyertai mana-mana pertandingan mahupun peraduan.
"tahniah. nombor anda telah terpilih sebagai pemenang cabutan bertuah tigapuloh ribu ringgit. sila hubungi nombor yang tertera untuk meklumat lanjut"

banyak dah mesej spam macam ni dan banyak jugak dah di-delete-kan.

"tahniah, sim kad anda telah meraih hadiah percuma sembilan belas ribu ringgit dari shell mlsy. no pin_lima lima dua dua sembilan sembilan. sila telefon di talian 0128339967.www.shell.com" - yang ni aku baru dapat tadi dari hantu yang nombor telefon dia +0178948562.

bagi aku, mereka adalah golongan bijak pandai yang mempunyai kemahiran menipu yang tinggi tapi bangang. sesiapa yang tertipu lagi la bangang bahlol. dialog p.ramlee dalam madu tiga kalau tak silap "dah tahu dia ni keje nye menipu, yang korang tertipu tu pehal??!! bodoh!! bahlol!!........". aku tak ingat ayat betol yang seketul-ketul dia sebut tapi terbayang-bayang scene akhir. part abdul wahub kumpul semua orang, abang bahlol dia abdul wahab dengan badul wahib pastu orang tua nak mampus angkat najis sapa nama tah, aku ingat nama bapak si tiga abdul ni je ismit ulam raja. nama bapak tiga dara tak ingat. tambahan, filem tiga abdul adalah filem p.ramlee yang aku paling suka gila. bagi mereka yang tertipu dengan mesej macam ni aku emagine kejap cara p.ramlee cakap dialog tu kat depan muka orang yang tertipu.

bebalik pada mesej bangang dari orang yang tinggi kemahiran menipu.
dulu, aku padamkan terus bila dapat mesej macam ni tapi kebelakangan ni boleh dikatakan tiap minggu aku dapat. kadang-kadang dalam seminggu sampai dua mesej. ini sudah lebih!! menyemak je!! dan sejak dua bulan lepas aku akan balas mesej yang macam ni.

antara mesej balasan dari aku:

satu. "terima kasih je la. sila la hantar mesej menipu ni kat orang yang bodoh nak telefon ko balik."

dua. "aku tak nak la hadiah ko. sila la bagi kat orang lain."

tiga. "takpe, terima kasih. apa kata ko sedekahkan duit tu kat rumah anak yatim, takpun ke rumah orang-orang tua. dapat jugak pahala nya kan."

empat. "sebelum aku call ko, aku nak hantar nombor ni kat balai polis. mana tau ini adalah mesej penipuan. jadi jangan buang nombor sim kad ko yer"

lima. mesej terbaru aku balas tadi: "terima kasih. sila masukkan wang tersebut ke dalam akaun bank islam saya ye, kalau tahu nombor phone mesti tahu nombor akaun kan. tak perlu transit duit ke akaun "shell" kan. kata nak bagi hadiah."

dan aku hanya pernah dapat satu mesej balas dari pihak "hotlink" dulu. dia balas "ok" bila aku bagi mesej balasan nombor dua.

ni baru cerita dasar si penipu sindiket mesej bangang belum lagi masuk bab cerita orang menipu depan-depan ko sampai tahap ko nak cabut je mulut dia. lagi baik ko cakap dengan orang bisu guna isyarat tangan segala bagai dari bercakap dengan orang yang menipu je. dari seratus peratus fakta atau ayat yang keluar dari mulut dia, ko boleh percaya dua puloh ke empat puloh persen je. tu lagi baik dari bercakap dengan manusia yang memang keje dia menipu.

tipu la kalau aku kata aku tak pernah menipu kan. aku ni bukan baik sangat pun. orang baik sangat pun ada menipu. aku ada satu soalan yang hanya memerlukan jawapan "ya" atau "tidak"

"saya tidak pernah menipu"

nampak sangat tu soalan perangkap macam soalan dalam ujian personaliti sidek. tapi percaya atau tidak bahawasanya ada mereka yang menjawab "ya". percayalah.

sekian dan salam.

Thursday, December 8, 2011

tenpersen

salam.
ini satu cerita.

Hamit dan Inab sedang memilih barangan yang berkenan di hati. semuanya sudah ada di meja kaunter pembayaran.

" yang ni taknak. yang ni ambik... kejap kejap, nak tengok lagi sekali..."
bimbang sekiranya pilihan tak tepat. memilih apa yang paling berkenan dan sesuai dengan diri. berjimat katakan.  rakan yang tadinya disebelah tidak menghiraukan nya, hanya melihat sekeliling kedai sekiranya masih ada yang belum dilihat.

setelah pasti dengan pilihannya.
"ok, ambik yang ni dengan yang ni je dulu. yang lain saya ambik lain kali eh..yang ni pulak tak jadi lah.. boleh la simpan balik.."

budak di kaunter pembayaran hanya mengiyakan dan mengasingkan barang-barang yang telah tersimpan berasingan dengan barangan lain sejak beberapa minggu yang lalu.

"Inab, ko tak ambik ke barang-barang ko?"
"eh, mesti la ambik tapi tak semua la"

Inab mengambil tempat Hamit. pilih tu pilih ni, asing ni dengan yang tu, fikir lagi sekali dan selesai.
.

.

.

.
Hamit dah bayar, giliran Inab pulak.
"sapu tangan saya tu patblas ringgit ye sebab dulu saya beli saya bayar patblas ringgit"
...... baik.....
"eh, sapu tangan saya ni awak tak bagi diskaun pun!!"
.......alamak.....
"sepatutnya, sapu tangan ni kalau saya beli mesti ada diskaun!! apa-apa barang dalam kedai ni pun!!!"
.......maaf, lupa......
"kalau macam tu awak bagi je diskaun tenpersen kat Inab, nanti Inab bayar saya!!"
........bayar??.........
sedang budak di kaunter pembayaran buat pengiraan untuk pembelian Inab. kira-kira apa yang patut, melipat barang pembelian dan masukkan ke dalam plastik,
"pesan kat ozzy, lain kali kalau saya beli barang kat kedai ni lagi jangan lupa bagi diskaun tenpersen, ganti balik dengan diskaun yang awak tak bagi ni!"
......... eh..........
.

.

.
keesokannya,
bos, "apa cerita dengan Hamit dan Inab semalam?"

penceritaan punbermula..

"laa... sebab tenpersen ker?!!!"
"tau tak dia cakap dengan saya macam mana???"
"bos tau tak????... ci budak tu.......... dah la ak pandai kira....... diskaun........ hari tu.............................!"
.

.

.

.
budak tu,
"kesian kat Hamit. hanya kerana seringgit lima ploh sen.."
.


sekian dan salam.

Wednesday, November 23, 2011

karangan

salam

bahasa melayu :
upsr = a
pmr = a
spm = b3
stpm = b4

Ye. itu keputusan ujian penilaian bahasa melayu aku. maknenek kata alasan keputusan ni takada kene mengena dengan ketidak-ketepatan aku menyampaikan mesej pada orang. (aku perasan yang aku memang lemah dalam menyampaikan mesej atau maksud sebenar yang aku nak sampaikan sebab orang mesti akan tanya dua tiga kali. lepas tu, kalau maknenek ni ada kat sebelah diala yang akan menjelaskan balik pada orang tu tapi sama je aku rasa!) ini adalah berdasarkan pengalaman empat tahun berkepit dengan maknenek.

oh, jangan ingat bahawa bahasa inggeris saya bagus. tidak sama sekali.

bahagian peperiksaan atau kerja rumah yang aku paling tak suka adalah karangan. tak kisah la bahasa melayu atau bahasa inggeris. sama saja. untuk memikirkan ayat-ayat yang gramatik, gempak atau sekadar menulis satu cerita yang tajuknya "bebas" dan tidak memerlukan ayat-ayat yang bombastik serta hanya menulis isi-isi penting pun aku rasa susah nak mampus. tapi kalau tajuk lukisan adalah "bebas", itu adalah kerja rumah atau tugasan pendidikan seni yang paling aku rasa macam itulah tugasan yang paling senang, best, dan menaikkan semangat gerenti komfrem dapat a. perasaan ni aku dapat rasa sampai tingkatan tiga je pun sebab lepas tu takda ambik seni dah. aku sangat pasti sekiranya bakat seni aku tu digilap sekilat-kilatnya komfrem aku berpeluang menjadi pelukis tersohor negara. ;)

aku tahu dan sedar lama dah bahawasanya aku memang takada bakat seni dalam penulisan dan aku sangat suka dan cembura pada mereka yang bijak pandai menghasilkan karya penulisan yang baik. contoh paling senang, penulisan blogger-blogger yang aku suka baca. ada yang hanya bercerita tentang kehidupan seharian je tapi cara penyampaian yang best dan penggunaan ayat yang simpel dan sempoi, bahasa yang bersahaja menjadikan aku macam jakun dan tak sabar nak tunggu "bila la blogger ni nak update" atau kalau ada isu hangat yang timbul, tak sabar nak tunggu mereka ni mengomen tentang isu tu dengan pendapat dan cara masing-masing. sampaikan kalau ada satu post tentang sesuatu yang best dan lucu aku akan baca sampai dua tiga kali takkan lebih dari empat.

untuk post kali ni dan yang seterusnya aku akan cuba sedaya upaya untuk menulis penuh dan tidak menggunakan singkatan (contoh; ak=aku, dgn=dengan, yg=yang, hya=hanya dan sbginya=sebagainya). ini adalah langkah pertama untuk melatihkan diri supaya tidak menggunakan singkatan-singkatan ini yang hanya aku sahaja yang faham apa yang aku tulis dengan harapan ada orang lain memahami penulisan ini sekiranya ada yang membaca. kalau diri sendiri tidak memulakan yakni ditujukan khasnya untuk aku siapa lagi?! lagipun, ramai dah blogger yang tulis tentang ejaan perkataan yang sengaja disingkatkan, tambah huruf yang tidak ada kena-mengena langsung dengan ejaan asal dan pelik susah nak mampos baca. contoh paling banyak kat facebook. (cyg=sayang, itu=itew, lo=kalau) macam-macam lah. aku adalah salah seorang yang menggunakan singkatan tapi tak macam ni (sebagai contoh yang aku nyatakan diatas). ini aku sendiri pun rasa dah macam terencat sebab bila baca aku yang tergagap, sangat setuju dengan pendapat blogger yang tulis pasal ni.



kesimpulannya,
aku rasa tatabahasa karangan di atas bukan pada peringkat membanggakan atau sekadar memuaskan. tapi usaha untuk mencuba sebaik mungkin ada disitu ;). dua tiga kali aku baca post ni dan aku rasa bangga sedikit dengan pemilihan dan penggunaan ayat diri sendiri diatas. (ayat penyedap hati)

salam.

Tuesday, November 22, 2011

new me

salam..

new me refer pada blog ini..
ok.. alamat blog tukar.. aku tak kenan dengan nama yg lama.. tah pape.. hahaha...

maknenek pun taktau aku dah tukar blog ni.. sorg pun xtau.. xda org nak tau pun kan.. takda org nak kisah.. lain la klu ini punya blog ada manyak followers.. dan saya sayanggggggggggg belog saya ;) ayat gedik.. ok.. lama dah tak memuntahkan ayat disini...

satu. graduate dah aku.. 4tahun berlalu cam tu jer... sekarang kerja kat kedai butik.. alhamdulillah.. daripada aku melepak dok tengok tv mintak duit makbapak kan...

dua. dapat kerja kt cni, terima kasih pada kawan aku yang sorang tu.. x-schoolmate waktu usia awal remaja dulu.. tapi sebab ko la aku banyak besabar.. hohoho.... aku memang sangattttt terhutang budi kt kawan aku ni tp kan huh.. telan air liur jer..aku dan dia takla rapat sgt time sekolah dulu... kawan gitu2 jer tp tu la, sbb dia aku dpt keja cni.. sebab dia jugak aku banyakkkkkkkkkk sgt besabar.. sebab dia jugak aku jadiiii budak baikkkkkkkkkkkk dari segi percakapan.. dan sekarang aku tahu kenapa budak2 dulu tu quit keje.. kalau dari segi kerja, kawan aku ni memang tiptop.. aku pun terkejut sbb dia tu tak macam skrg.. tp tu la... ada pro and con kan..

tiga. semalam malaysia menang bola.. aku sgttttttttttttttttttttttttttttttttttt la puas hati yang tak terhingga mcm orang lain jugak tp hati yang kata "padan muka indon!!" lebih tebal dari "yey, malaysia menang.. setelah berpenat lelah dan bersusah payah melawan perang psikologi dgn penonton indon".... ermmm~~~ macam mana tu???!! mungkin sbb aku marah sgt bila diaorang mengeboo lagu negaraku pada permulaan tu kot dan macam2 la diorg buat~~~

empat. setakat ini itu saja.. salam..

Saturday, June 18, 2011

Selamat Ulang Tahun ^^,

there are so many anniversary..
somehow there is some of us keep wondering..
"why people keep a record of every anniversary and celebrate?!!" and couldn't understand it..
but when this people try they best to prepare for it, and when someone like it..then, they will realised.. 
"ah, this is the reason why people do it.. because there such a joy in it"...

- seo joo hyun snds -

Thursday, May 12, 2011

Girl's Day - If you give your heart for me

my new fav. kpop girl group song remake ^__^



*cari lirik n the meaning..

Ada yang hargai

cewah.. hahaha~~
hati kembang koncop nih.. bukan apa.. ada yg post komen aku kt blog dia.. aku kan silent reader. aktif sgt.. jarang tinggalkan jejak.. slalu guna anon jer.. semalam aku komen kt blogger nih.. sbb lama dah dia tak update.. aku pun sangat jarang dan susah nak update kan.. tapi situasi beliau dengan aku sgt jaub beza... dia jarang update sbb keadaan yg tak mengizinkan.. aku plak sbb mmg xberapa minat nak taip2 segala apa yg aku fikir.. payah rasanya nak susun ayat...

ok.. balik pd cerita..
sbb lama dah xbaca cerita pasal dia..
wlupun dia taip bahawa blog dia, org (atau dia) kata xberilmiah, tapi cara penceritaan dia mmg aku suka.. xboring... so, nak dijadikan cerita aku komen la kt post dia yg terbaru nih.. sekali ko dia buat post nih pasal komen yg aku taip...

perghhhh..
gua terharu bro... hakhakhak~~~

pastu aku komen balik kt dia..
macam ni;
masih ada yg hargai..

tu tajuk komen aku..

masih ada org yg hargai silent reader.. terima kasih sbb terharu dgn komen aku..

bleh terima tak komen nih??
hahahahahaha~~

bleh???!!!
korg rasa dia percaya tak aku adlh anon yg sama??!!
ker korg pun xpercaya jgk. sbb xda bukti la nak tunjuk aku mmg c pengomen yg sama..

eh, 
ada aku kesah???!!

Monday, May 2, 2011

list update

banyak nak diupdate..
banyak cerita dan banyak gambar nak ditayang..
gambar masih tersimpan rapi as soft copy dalam lappy..
masanya ada tapi mood as blogger tak ada.. macam mana???...


tapi...
tapi...
dan tapi....
kalau dah malas xyah bertapi2..
nak seribu daya taknak seribu dalih...


*mood meng-confront-kan diri

Sunday, May 1, 2011

dbsk fever

2 hari dah..
damn!!! rasa rindu sgt nak tengok diorang nih together again at the same stage at the same time without the problem around them..  seriously, they are the 1st kpop artist that im totally in love.. and they are the main door that introduced me to kpop industries.. music, drama, variety show etc.. its all happen 3 and half years ago...

ok.. last night tgk youtube.. tekan punya tekan tertekan lagu mirotic and i keep replaying the mv..
im not a saseng fans or something like that.. xla sampai memuja & tido pun xlena, sanggup berhabis duit or kumpul duit semata2 nak tgk konsert diorg.. beli cd pun xpernah lagi... seumo hidup ak setakat ni hanya sekali jer aku bli cd artis.. waktu tu awal remaja lagi.. cd westlife.. waktu westlife femes dgn lagu season in the son.. 1st album kan.. ermmmm~~ kelupaan daaa..

berbalik pada main story..
aku rasa sblm nih ada cerita pasal kumpulan nih... rasa malas lak nak smbg cita.. aku pun dah lupa nak taip apa dah.. tadi bukan main banyak lagi ayat dalam kepala nih..

k la..
bye...

Thursday, March 17, 2011

Asians in the Library - Alexandra Wallace


this girl is sick and @#$$%^&*!!!
this vid. is hot!!!! 
hot sangat sampai macam2 vid. respons ada 4 this girl stupidity..
oh, yer.. siap masuk ABC News Channel 7 dow.. 
ok, not stupid coz every1 has a right to express themselves. 1 just has to be ready to deal with the consequences and live with the results kan.. 
lagi 1, dia mention yg dia blaja kt UCLA..
(University of California, Los Angeles)
buat malu UCLA je..
ada yang siap buat lagu lagi..
well, the best song award goes to Jimmy and beatbox cover by BeatboxHitman2!!! yeah!!


and the best video reapons goes to DavisSoComedy!!! *clap*clap*


.
.

yer, saya pun terasa sebab saya orang Asia..
wlupun orang blah sana (Barat), majoritinya melabelkan Asian is golongan yang mata sepet..
means orang China, Jepun, Korea dan sewaktu dengannya.. tapi xpela kan..
saya suka pe orang mata sepet..
and still im an Asian pe..
dan saya adlh keturunan bemata sepet nih..

-__-

o..
kt sini pun ada yang respons..
respons bout the power of parody and counter-speech;

Tuesday, March 15, 2011

DBSK/TVXQ- Before You Go MV is out!!!!

me loving it.... (^__~)


krd to sme

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
yer...
saya sememangnya peminat kpop..
.
.
ada satu perkara pelik bila klik video ni kat utube setakat ni..
orang yang views 305...
yang "LIKE" 2636.. "dislike"  42..
pelik.....
(-__-")

Monday, March 14, 2011

aku mimpi si blogger

tak pernah aku mimpi blogger atau yang sewaktu dengannya ni..
rasa pelik pun ada gak... tapi tu lah... ermmmm.. nak mention nama tuan punya blog tu rasa malu plak... blog dia memang pemes... ramai yang suka cara penulisan dan penceritaan dia yang lebih pada kehiduapan & pendapat dia as person... dan aku memang salah sorang followers yang suka baca setiap apa yang dia update...dan kalau ada blogger lain yang update, mesti akan view dia punya blog dulu... mesti nak tunggu jer dia punya update.. dalam serius dia ada lawaknya.. dalam lawaknya ada tulusnya... pergghhhh, ayat aku.. (jujur nih)..

blogger tu dah kawen.. perempuan.. da dua org anak.. dua-dua laki.. haaaaa~~~~ ^___^

nak dijadikan cerita keprihalan mimpi...
aku pegi holiday kat mana tah.. tapi tempat tu cam pulau.. situasi di tepi pantai.. pantai yang sangat cantik.. pasir warna putih.. air laut kebiruan tapi cuaca agak kekelabuan... hujan rintis time tu...

aku pegi dengan member-member yanag semuanya lelaki.. dan ofcos aku tak kenal lelaki-lelaki nih tapi dalam mimpi tu rasa yang kitaorg adalah member & bercuti sama-sama.. kitaorang jalan-jalan tengok ikan atas jeti.. jeti adalah atas pasir tapi tempat tu macam ada kolam dan dalam kolam tu ada ikan-ikan.. pemandangan sebelah kiri adalah pantai... dalam perjalanan tu terjumpa dengan sekumpulan perempuan dan wanita-wanita.. dan salah seorang wanita dalam group tu adalah tuan blogger ni tadi lah...

aku terus tegur dia.. eksited tu jangan kata la... aku punya eksited macam jumpa artis idola pujaan jiwa.. hahaha~~ pastu aku cakap la aku ni salah sorang pembaca tegar blog dia sejak tahun 2008.. (klu xsilap aku, si zai kenalkan blog dia kat aku dalam ujung tahun tu) orang yang duduk sebelah akak blogger ni tadi kata "wah.. agak lama gak tu.." aku senyum jer... aku tengok muka akak blogger nih.. "ermmmm.. taklah gelap sangat pun.. cerah jer muka dia".. ni aku cakap sendiri jer.. taknak bagi dia dengar... pastu aku ambik gambar dengan dia.. lama gak sesi bergambar.. aku tanya mana anak dan laki dia.. dia kata kat rumah, tak ikut.. bercuti la katakan... 

pastu tah macam mana kitaorang dah ada atas jeti yang betul-betul tepi pantai.. atas jeti tu plak jual macam-macam cenderahati.. yang aku ingat aku ada sentuh baju fesyen tepi pantai tu yang ada corak bunga-bunga dan topi... tiba-tiba kat ujung laut tu macam ada ribut nak datang.. aku tengok awan kelabu tu, makin dekat kat kitaorang.. aku jerit suruh suma orang pegang tiang.. akak tu pun pegang.. tak lama pastu ribut tu memang datang.. tempat kitaorng tu bergoyang sakan.. pastu aku tengok akak blogger ni jatuh kat bawah jeti.. time tu semua orang cam tak tau nak buat apa, semua tekejut.. aku plak tah cam mana bleh ada kat tepi akak tu tanya dia ok ke tak... dia kata ok.. 

dalam situasi ni kan, tiba-tiba nenek aku datang.. tanya akak blogger ok ke tak.. mana datang nenek aku pun aku tak tau... pastu nenek aku suruh cepat-cepat bawak hospital sebab bimbang akak blogger dengan baby dalam perut dia.. aku pelik.. setau aku akak blogger ni xpregnent.. dah selamat pun dia dengan anak dia yang last tu.. aku pun cakap kat nenek aku yang akak ni xpregnent.. nenek aku ni bersungguh cakap yang akak ni prengnent sampai satu tahap aku pun tak pasti akak blogger ni prengnent ke tak... last-last yang aku tau aku dukung akak blogger ni nak bawak pegi hospital...

pastu...
 tetttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt...

sampai situ jer mimpi aku... 
bukak jer mata, aku tengok bantal atas muka member sebelah... sorang lagi baru jer kluar bilik air....

tah macam mana boleh terjaga pun tak tau...
sedar-sedar jer itu yang aku nampak dan sampai sekarang aku teringat muka akak blogger time aku first jumpa dia tu... hahaha~~~
karut... karut....

sah malam tadi aku tak cuci kaki.. 
baca doa tido lagi la tak kan....

mimpi~~ mimpi~~~
macam..macam..

Monday, March 7, 2011

song for my fat girl

READ; the translation in the vid.







tanx n krd to snjeung 4 sharing this vid. on twitter ;))

Saturday, March 5, 2011

rindu

bila tengik gambar cermin mata kesayangan disebelah... ermmmm~~
kenak la kau pande ilang!! lam library gik ya.... 



2011

welcome.....
hahahahaha~~~~ 
mood update datang.. fuh.. berkurun yer... sayang belog saya.. nasib baik bkn myBF... payah nak memujuk... 

ok...

kepada: blog saya...

apa kabar??? saya sihat jer... dah sem. akhir ni.. praktikal skrg... saya selalu menjenguk awak tau.. tak tau la awak tau ke tak... saya jenguk pun, tengok update2 depa kat list sebelah kanan tu... jahat kan saya sbb tak tanya pun khabar awak... tub2, dua minggu lepas saya tgk background awak hilang... dari warna biru terus suram jadik warna coklat... saya ingat nak tukar, update apa yang patut tapi mood tu xda la... awak tau kan saya langsung xda ciri-ciri blogger tegar.. hemmmm, nasib awak la dapat pengupdate macam nih... jadik saya mintak maaf yer.. hari tu saya ada sign in.. sign in sajaaaa, langsung xklik apa2 pun.. petang ni saya ada keja dan tadi terfikir lak pasal awak, terus lagu jer klik sign in pastu tekan apa2 yg patut... ^___^

sebelum saya tulis ni tadi kan..
saya nak tukar background ni tapi xjumpa corak yang saya minat.. last2 saya letak putih jer.. xper kan... putih tu kan suci dan bersih.... kalau saya jumpa yang berkenan dan bersesuaian dengan awak, nanti saya letak je terus kat sini yerrr..

ok la.. sampai sini jer.. nak update yang lain plak.. nanti saya hiaskan awak dengan taip-an saya k..
muahhhhhhhhhhhh!!!
sayang awak ;)


daripada: juuuuu