Wednesday, November 23, 2011

karangan

salam

bahasa melayu :
upsr = a
pmr = a
spm = b3
stpm = b4

Ye. itu keputusan ujian penilaian bahasa melayu aku. maknenek kata alasan keputusan ni takada kene mengena dengan ketidak-ketepatan aku menyampaikan mesej pada orang. (aku perasan yang aku memang lemah dalam menyampaikan mesej atau maksud sebenar yang aku nak sampaikan sebab orang mesti akan tanya dua tiga kali. lepas tu, kalau maknenek ni ada kat sebelah diala yang akan menjelaskan balik pada orang tu tapi sama je aku rasa!) ini adalah berdasarkan pengalaman empat tahun berkepit dengan maknenek.

oh, jangan ingat bahawa bahasa inggeris saya bagus. tidak sama sekali.

bahagian peperiksaan atau kerja rumah yang aku paling tak suka adalah karangan. tak kisah la bahasa melayu atau bahasa inggeris. sama saja. untuk memikirkan ayat-ayat yang gramatik, gempak atau sekadar menulis satu cerita yang tajuknya "bebas" dan tidak memerlukan ayat-ayat yang bombastik serta hanya menulis isi-isi penting pun aku rasa susah nak mampus. tapi kalau tajuk lukisan adalah "bebas", itu adalah kerja rumah atau tugasan pendidikan seni yang paling aku rasa macam itulah tugasan yang paling senang, best, dan menaikkan semangat gerenti komfrem dapat a. perasaan ni aku dapat rasa sampai tingkatan tiga je pun sebab lepas tu takda ambik seni dah. aku sangat pasti sekiranya bakat seni aku tu digilap sekilat-kilatnya komfrem aku berpeluang menjadi pelukis tersohor negara. ;)

aku tahu dan sedar lama dah bahawasanya aku memang takada bakat seni dalam penulisan dan aku sangat suka dan cembura pada mereka yang bijak pandai menghasilkan karya penulisan yang baik. contoh paling senang, penulisan blogger-blogger yang aku suka baca. ada yang hanya bercerita tentang kehidupan seharian je tapi cara penyampaian yang best dan penggunaan ayat yang simpel dan sempoi, bahasa yang bersahaja menjadikan aku macam jakun dan tak sabar nak tunggu "bila la blogger ni nak update" atau kalau ada isu hangat yang timbul, tak sabar nak tunggu mereka ni mengomen tentang isu tu dengan pendapat dan cara masing-masing. sampaikan kalau ada satu post tentang sesuatu yang best dan lucu aku akan baca sampai dua tiga kali takkan lebih dari empat.

untuk post kali ni dan yang seterusnya aku akan cuba sedaya upaya untuk menulis penuh dan tidak menggunakan singkatan (contoh; ak=aku, dgn=dengan, yg=yang, hya=hanya dan sbginya=sebagainya). ini adalah langkah pertama untuk melatihkan diri supaya tidak menggunakan singkatan-singkatan ini yang hanya aku sahaja yang faham apa yang aku tulis dengan harapan ada orang lain memahami penulisan ini sekiranya ada yang membaca. kalau diri sendiri tidak memulakan yakni ditujukan khasnya untuk aku siapa lagi?! lagipun, ramai dah blogger yang tulis tentang ejaan perkataan yang sengaja disingkatkan, tambah huruf yang tidak ada kena-mengena langsung dengan ejaan asal dan pelik susah nak mampos baca. contoh paling banyak kat facebook. (cyg=sayang, itu=itew, lo=kalau) macam-macam lah. aku adalah salah seorang yang menggunakan singkatan tapi tak macam ni (sebagai contoh yang aku nyatakan diatas). ini aku sendiri pun rasa dah macam terencat sebab bila baca aku yang tergagap, sangat setuju dengan pendapat blogger yang tulis pasal ni.



kesimpulannya,
aku rasa tatabahasa karangan di atas bukan pada peringkat membanggakan atau sekadar memuaskan. tapi usaha untuk mencuba sebaik mungkin ada disitu ;). dua tiga kali aku baca post ni dan aku rasa bangga sedikit dengan pemilihan dan penggunaan ayat diri sendiri diatas. (ayat penyedap hati)

salam.

Tuesday, November 22, 2011

new me

salam..

new me refer pada blog ini..
ok.. alamat blog tukar.. aku tak kenan dengan nama yg lama.. tah pape.. hahaha...

maknenek pun taktau aku dah tukar blog ni.. sorg pun xtau.. xda org nak tau pun kan.. takda org nak kisah.. lain la klu ini punya blog ada manyak followers.. dan saya sayanggggggggggg belog saya ;) ayat gedik.. ok.. lama dah tak memuntahkan ayat disini...

satu. graduate dah aku.. 4tahun berlalu cam tu jer... sekarang kerja kat kedai butik.. alhamdulillah.. daripada aku melepak dok tengok tv mintak duit makbapak kan...

dua. dapat kerja kt cni, terima kasih pada kawan aku yang sorang tu.. x-schoolmate waktu usia awal remaja dulu.. tapi sebab ko la aku banyak besabar.. hohoho.... aku memang sangattttt terhutang budi kt kawan aku ni tp kan huh.. telan air liur jer..aku dan dia takla rapat sgt time sekolah dulu... kawan gitu2 jer tp tu la, sbb dia aku dpt keja cni.. sebab dia jugak aku banyakkkkkkkkkk sgt besabar.. sebab dia jugak aku jadiiii budak baikkkkkkkkkkkk dari segi percakapan.. dan sekarang aku tahu kenapa budak2 dulu tu quit keje.. kalau dari segi kerja, kawan aku ni memang tiptop.. aku pun terkejut sbb dia tu tak macam skrg.. tp tu la... ada pro and con kan..

tiga. semalam malaysia menang bola.. aku sgttttttttttttttttttttttttttttttttttt la puas hati yang tak terhingga mcm orang lain jugak tp hati yang kata "padan muka indon!!" lebih tebal dari "yey, malaysia menang.. setelah berpenat lelah dan bersusah payah melawan perang psikologi dgn penonton indon".... ermmm~~~ macam mana tu???!! mungkin sbb aku marah sgt bila diaorang mengeboo lagu negaraku pada permulaan tu kot dan macam2 la diorg buat~~~

empat. setakat ini itu saja.. salam..