Sunday, April 7, 2013

Post tertangguh - Doa.

salam,

tangguh punya tangguh satu bulan berlalu..
dalam sebulan ni bukan takda masa.. banyak masa tapi nak sign in pastu taip benda yang nak ditulis tu macam ada lebih satu tan berat jari jemari nak bukak.. bukak benda lain ringan la pulak..

sebulan yang lalu aku ada terbaca satu blog yang aku follow.. pokapola..
dia cakap pasal berdoa di facebook.. sebenarnya lama dah aku nak tulis benda ni.bukan nak mengata orang yang mengajak kita berdoa tu.. tu benda baik... tapi yang dok marah sebab kita tak berdoa.. pelik betul.. macam mana dia boleh tau kita berdoa atau tidak.. hanya sebab status di facebook, ko boleh assume orang tu berdoa atau tidak.. perlu ke mencanang kat orang kita ni berdoa ataupun solat berdasarkan status di facebook atau twitter atau yang seangkatan dengannya.

bila pokapola.blogspot.com tulis benda ni aku biasa la terus mintak izin nak copy paste dan dapat persetujuan tapi sampai semalam tak jugak aku copy paste.
...................................................................................................................................................................




soya said...
sokong 110%!!!!
terbaek.. hahaha..

nak copy paste dan link post ini boleh???
PokaPola said...
Ha sila-sila.

..................................................................................................................................................................

ye.. aku tahu.. aku ni memang selalu copy paste post orang dalam bog sendiri..
dah tu nak buat cam ne.. memang post yang aku copy paste tu best, seronok baca.. buat apa aku nak susah payah tulis sendri bila ada orang lain dah buat post yang sememangnya best.. dan aku tak tukar apa-apa pun dan aku mengaku aku copy paste, dapat kelulusan tuan asal punya post, buat link yang sepatutnya dan nah.........

...................................................................................................................................................................

Berdoa di Facebook

Hai. Salam kesedihan serta salam kebimbangan. Sekarang bukan lagi masa untuk melaungkan salam hormat atau bersalam-salaman kerana sepertimana yang begitu kecoh dan heboh sekarang, negara kita dilanda puak luar yang jahatnya ya ampun. Jadi mari bersedih dan bimbang. Tapi jangan panik, teruskan dengan hidup dengan normal umpamanya bergambar di dalam tandas atau pun pakai seluar londeh-londeh.


Sedar tak sedar ye tuan-puan, di kala ada sesuatu yang berlaku baik di dalam atau di luar negara, laman sosial pastinya laman yang bakal hangat dengan perbincangan, makian, kutukan serta puji-pujian. Aku juga tidak ketinggalan berbincang, memaki, mengutuk dan memuji sesetengah pihak bila ini berlaku. Al-maklumlah, biarpun sebegitu kacak, jangan dilupa tuan-puan bahawa aku masih insan biasa.


Cuma aku tertanya-tanya juga. Adakah wajib bagi kita orang Malaysia untuk menulis status berkaitan isu semasa di laman-laman sosial setiap masa berlakunya apa-apa kejadian?


Sebagai contoh. Petang tadi semasa aku sedang melayari sebuah laman sosial yang bernama Facebook, aku terlihat, dan aku tergamam, serta aku tergelak kecil, apabila ada satu atlet Malaysia yang namanya tidak perlulah ditulis di sini, memohon dengan bersungguh-sungguh supaya semua umat Malaysia mendoakan agar keadaan di Sabah kembali normal dengan kadar segera.


Itu bagus. Namun ada serangkap ayat yang menggamit aku untuk maki beliau sikit. Ayat beliau berbunyi lebih kurang begini :


 "Rakyat kt Sabah brtarung nyawa utk slamatkn diri drpd penceroboh tp rakyat kt semenanjung sini xabes2 dgn 'goal..bola..MU..'..bknnya nak berdoa utk keselamatan sabah..brtimbang rasa laa sikit,xkn nk tggu diri sndiri ditimpa musibah bru nk berdoa????" -atlet.


Ya tuan-puan sekalian, adakah kau juga tergamit mahu ketawa? Bukan ketawakan soal isu di Sabah nun di sana. Cuma ketawakan ayat beliau yang terakhir. Takkan nak tunggu diri sendiri ditimpa musibah baru nak berdoa katanya.


Semenjak bilakah laman sosial berubah menjadi pusat kegiatan berdoa? Cuba beritahu aku sikit. Kalau betul lah begitu kiranya, maknanya aku jarang gila babi lah berdoa sebab tak pernah aku tulis status di Facebook berbunyi "Aku berdoa..". Kalau macam tu, mak aku, abah aku, mak kau, abah kau, mak jiran kau, abah jiran kau serta mak-mak dan abah-abah yang lain juga aku kira tidak pernah berdoa. Tak malu ke tak berdoa?


Aku faham, di kala situasi sebegini, umpama juga situasi di Palestin, bila suasana tengah hangat, semua mahu berlagak ustaz dan ustazah di laman sosial tak lupa juga yang berlagak orang kuat kerajaan serta orang kuat pembangkang di mana-mana laman sosial. Itu aku faham. Tetapi, janganlah pula ku pergi bantai golongan yang kau tuduh secara membabi-bita 'tidak berdoa' serta 'tidak kisah' akan situasi yang berlaku. Itu bangang serta bahalol samdol unta namanya.


Nak buat berdoa di laman sosial, berdoalah. Orang lain masih ada hidup sendiri, masih ada yang menonton bola sepak walaupun situasi di Sabah begitu tegang sekarang. Tak salah aku kira kalau nak tulis apa-apa pun di mana-mana laman sosial sekarang. Macam yang aku tengah tulis blog ni. Walaupun aku tak tulis pasal 'mari mendoakan...' situasi di Sabah, kau tahu ke tak betapa bimbang dan runsingnya aku sekarang ni? Aku pasti ramai juga yang macam aku. Sambil terlentang tengok TV pun aku boleh berdoa juga bukan?


Sekian sahaja makian saya kepada atlet buta perut tersebut. Jika ada orang Sabah yang membaca, aku doakan selamat maju jaya, jangan mahu jadi hero, serahkan kepada pihak berkuasa menangani masalah ini. Aku dengar Jumaat ini ada aktiviti meletak bunga di hadapan kedutaan Filipina di Malaysia bagi mengingati mereka yang terkorban. Siapa-siapa yang free tu pergi lah sokong. Bukannya protes, cuma sebagai tanda keamanan serta tribute kepada pahlawan negara.

..................................................................................................................................


perenggan yang terakhir tu ayat bela diri..
biasa la orang yang copy paste ni memang terasa sangat kalau berkaitan post copy paste.. ok.. itu saja..


salam..