Tuesday, July 17, 2012

Aku TAKSOKONG Murid Bawa Telefon Bimbit ke Sekolah

salam,

sebab atau alasan utama 'mereka' membenarkan murid bawa telefon bimbit ke sekolah adalah untuk keselamatan kanak-kanak tersebut.

1. adakah dengan membawa telefon bimbit maka keselamatan kanak-kanak itu lebih terjamin dan terjaga?

2. bukan tak sokong sebab dengki dulu aku tak boleh bawak telefon bimbit tapi aku rasa lebih baik begitu. bila sekolah tak membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, memang sah-sah dari zaman aku dulu pun budak-budak ni bawak jugak. tak kira budak tu pengawas ke atau pelajar biasa.. aku dulu pun salah sorang pelajar yang melanggar peraturan ni. tetapi bila sekolah mengharamkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, aku atau budak-budak yang sama jenis dengan aku akan lebih berhati-hati dan simpan betul-betul benda ni.. bila ada 'spotcek', macam-macam tempat kitaorang sorok benda ni. aku ingat lagi ada member simpan dalam coli, bawak tetek!! aku tau sebab aku tanya.. jadi, bila ada kejadian hilang telefon bimbit (biasala, kes-kes kecurian sekolah) budak-budak tak berani nak bagitau cikgu sebab kalau lapor sah-sah ko akan kena balik. dah tau peraturan sekolah tidak membenarkan telefon bimbit ko nak bawak jugak. bukan telefon bimbit yang ko dapat, denda berdiri dekat koridor depan bilik guru ada la. 

Jadi, bila ko dah tau tak boleh bawak telefon bimbit lepas tu nak bawak jugak, secara tidak langsung benda ni akan buat kita lebih bertanggungjawab dan beramanah untuk menjaga barang milik diri sendiri sebaik yang mungkin dan jika benda tu hilang, dah tak boleh salahkan orang lain. memang dah salah diri sendiri, siapa suruh bawak!!

sekarang ni pun ada je murid bawa telefon bimbit ke sekolah. cikgu-cikgu di sekolah tahu, jadi ada sesetengah sekolah atau cikgu yang buat inisiatif "kalau bawak telefon bimbit, wajib tinggalkan pada guru tertentu (contoh: guru kanan, guru disiplin atau penyelia petang) sebelum masuk waktu pertama dan ambik balik pada waktu terakhir atau ketika pulang". ini adalah untuk mengelak kes-kes kecurian dan sebagainya. telefon bimbit budak sekarang bukan calang-calang. cikgu guna sony ericsson k770i takpun nokia biasa yang zaman purba ala-ala skrin kuning hitam tu je, murid-murid pulak ada yang samsung sII, blackberry, iphone!!!

kalau hilang memang panjang kes, mak bapak kakak abang sanggup naik turun tangga sekolah..

bila tahun depan 'mereka' membenarkan telefon bimbit di sekolah, maka dengan ini aku menjangkakan guru disiplin akan mendapat banyak kes berkaitan telefon bimbit ni.. dekat sekolah bukan takda telefon, ada je.. telefon awam dan telefon kat pejabat. siapa kata pelajar tak dibenarkan menggunakan telefon pejabat. jika ada kes-kes kecemasan, pelajar boleh je guna tapi setahu aku, kena rekod la semua tu.

3.  zaman sekarang boleh dikatakan majoriti budak sekolah dah ada telefon bimbit. budak sekolah rendah pun ramai yang dah ada. tapi ada jugak golongan yang tak berkemampuan. kena ingat tu!!! benda-benda yang macam ni boleh buat gangguan psikologi. remaja, budak-budak sekolah adalah zaman kemuncak darah manis. kalu ko rasa budak tu takkan ada rasa cemburu, rendah diri, rasa miskin atau yang seumpama dengannya, itu adalah salah!!! benda yang ko rasa takkan berlaku, itu la yang berlaku.. benda yang ko rasa mustahil, itu la yang jadi.. kawan guna telefon bimbit canggih sikit pun boleh jadi isu. dia nak jugak telefon macam tu walaupun dia sememangnya ada telefon bimbit..

4. aku baca blog pokapola, dia setuju berkenaan isu ni tapi ada satu perkara yang aku amat tidak bersetuju dengan satu pendapat dia (sorry bos tapi aku tetap suka baca blog ko). pasal sudut lalu lintas. sebab bagi aku takde kena mengana atau klik langsung. bukan apa pakcik makcik, mak bapak, bas sekolah, van sekolah amat  sedia maklum dengan jam atau waktu anak-anak balik kecuali tiba-tiba budak tu ada kelas tambahan hari tu tapi lupa bagitau orang yang bertanggungjawab ambik dia waktu pulang sekolah. kejadian lupa bagitau ni pun tak ramai, segelintir je. bayangkan, satu sekolah tu ada seribu lima ratus orang pelajar dan sekolah tu satu sesi dan para pelajar balik pada waktu yang sama lepas sesi persekolahan maka normal la sesak depan sekolah. macam orang yang balik dari stadium lepas tengok bola, kan sesak.. sesak tu pun tak lama, lagi lama kalau terperangkap dalam kesesakan jalan raya di kuala lumpur contohnya..

pasal ada yang cakap budak-budak ni nanti akan bermain telefon bimbit je dalam kelas, yang ni aku tak setuju la. aku rasa mereka boleh befikir dan waras lagi..gila apa!! cikgu depan mengajar, ko siap be-bbm, bepesbuk, beburung twit kat belakang!! itu memang tak berdisiplin!! kalau betul la ada kejadian seumpama ini berlaku, memang melampau.. macam dah kuang aja.. kalau ko la mak atau bapak budak, ko nak tegur atau ajar anak ko tu lepas tu anak ko tu buat tak tau jer.. ko tengah bagi syarahan kat depan dia, dia pulak fokus kat telefon bimbit tu jer.. tak ke ko yang sakit hati balik..lagipun budak zaman sekarang mana boleh dijentik atau didenda sesuka hati.. saman-menyaman makin menjadi.. cikgu makin susah hati..


salam.

Sunday, July 15, 2012

#MalaysianStudentProblems

salam,

aku syak majoriti yang komen kat twitter trend sekarang adalah student.






sebagai orang yang terlibat secara tidak langsung dengan student, aku biasa-biasa je bila membaca komen-komen seperti diatas kerana mereka masih boleh berfikir secara waras.

tetapi agak mencabar emosi bila ada segelintir yang tanpa segan silu, menghentam golongan pendidik ini seratus peratus!!!.. nak je "tangkapskrin" komen yang tadi tapi cari-cari tak jumpa.. macam mana la aku boleh tertekan pangkah at hujung skrin tadi?!!!




salam..

Sunday, July 1, 2012

sekolah

salam,


Dialognya lebih kurang begini:

M : "u sekolah mana dulu???"

J   : "sekolah ........................................ " (sekolah biasa)

M : "o.. i dari mrsm pastu sambung ..................................." bla.... blaa........ "i terkejut la. pelajar yang dipilih ke kolej adalah pelajar yang terpilih tapi............................ tak macam mrsm. dulu waktu i, sekolah-sekolah pandai-pandai ni.............................................." bla..bla....

J   : "o.. ermmmm..............................." bla..bla....

.
.
.
.
.
.
.
.
Adakah anda hendak memberitahu saya bahawasanya anda berasal dari latar belakang yang terpelajar dimana anda merupakan bekas pelajar yang terpilih ke sekolah yang diketegorikan sebagai "sekolah untuk pelajar pandai" atau ada niat lain ataupun anda tiada niat untuk memperkenalkan diri sebagai bekas pelajar yang terpilih ke sekolah pandai-pandai dan memang anda hanya mahu memperkenalkan diri anda sahaja. Saya sarankan agar jika anda ingin memperkenalkan diri, tidak perlulah menggunakan perkataan-perkataan yang melambangkan anda dari sekolah yang pandai-pandai dan dalam masa yang sama menyatakan kelemahan sekolah lain..


Saya tidak menyatakan apa-apa dihadapan anda kerana saya masih menghormati anda. Maka saya meluahkan ketidakpuasan hati saya disini.


Bai de wei,
sekolah tidak menyebabkan anda pandai atau tidak, terpelajar ke tidak.
Itu semua bergantung pada diri anda sendiri.

salam..