Wednesday, November 23, 2011

karangan

salam

bahasa melayu :
upsr = a
pmr = a
spm = b3
stpm = b4

Ye. itu keputusan ujian penilaian bahasa melayu aku. maknenek kata alasan keputusan ni takada kene mengena dengan ketidak-ketepatan aku menyampaikan mesej pada orang. (aku perasan yang aku memang lemah dalam menyampaikan mesej atau maksud sebenar yang aku nak sampaikan sebab orang mesti akan tanya dua tiga kali. lepas tu, kalau maknenek ni ada kat sebelah diala yang akan menjelaskan balik pada orang tu tapi sama je aku rasa!) ini adalah berdasarkan pengalaman empat tahun berkepit dengan maknenek.

oh, jangan ingat bahawa bahasa inggeris saya bagus. tidak sama sekali.

bahagian peperiksaan atau kerja rumah yang aku paling tak suka adalah karangan. tak kisah la bahasa melayu atau bahasa inggeris. sama saja. untuk memikirkan ayat-ayat yang gramatik, gempak atau sekadar menulis satu cerita yang tajuknya "bebas" dan tidak memerlukan ayat-ayat yang bombastik serta hanya menulis isi-isi penting pun aku rasa susah nak mampus. tapi kalau tajuk lukisan adalah "bebas", itu adalah kerja rumah atau tugasan pendidikan seni yang paling aku rasa macam itulah tugasan yang paling senang, best, dan menaikkan semangat gerenti komfrem dapat a. perasaan ni aku dapat rasa sampai tingkatan tiga je pun sebab lepas tu takda ambik seni dah. aku sangat pasti sekiranya bakat seni aku tu digilap sekilat-kilatnya komfrem aku berpeluang menjadi pelukis tersohor negara. ;)

aku tahu dan sedar lama dah bahawasanya aku memang takada bakat seni dalam penulisan dan aku sangat suka dan cembura pada mereka yang bijak pandai menghasilkan karya penulisan yang baik. contoh paling senang, penulisan blogger-blogger yang aku suka baca. ada yang hanya bercerita tentang kehidupan seharian je tapi cara penyampaian yang best dan penggunaan ayat yang simpel dan sempoi, bahasa yang bersahaja menjadikan aku macam jakun dan tak sabar nak tunggu "bila la blogger ni nak update" atau kalau ada isu hangat yang timbul, tak sabar nak tunggu mereka ni mengomen tentang isu tu dengan pendapat dan cara masing-masing. sampaikan kalau ada satu post tentang sesuatu yang best dan lucu aku akan baca sampai dua tiga kali takkan lebih dari empat.

untuk post kali ni dan yang seterusnya aku akan cuba sedaya upaya untuk menulis penuh dan tidak menggunakan singkatan (contoh; ak=aku, dgn=dengan, yg=yang, hya=hanya dan sbginya=sebagainya). ini adalah langkah pertama untuk melatihkan diri supaya tidak menggunakan singkatan-singkatan ini yang hanya aku sahaja yang faham apa yang aku tulis dengan harapan ada orang lain memahami penulisan ini sekiranya ada yang membaca. kalau diri sendiri tidak memulakan yakni ditujukan khasnya untuk aku siapa lagi?! lagipun, ramai dah blogger yang tulis tentang ejaan perkataan yang sengaja disingkatkan, tambah huruf yang tidak ada kena-mengena langsung dengan ejaan asal dan pelik susah nak mampos baca. contoh paling banyak kat facebook. (cyg=sayang, itu=itew, lo=kalau) macam-macam lah. aku adalah salah seorang yang menggunakan singkatan tapi tak macam ni (sebagai contoh yang aku nyatakan diatas). ini aku sendiri pun rasa dah macam terencat sebab bila baca aku yang tergagap, sangat setuju dengan pendapat blogger yang tulis pasal ni.



kesimpulannya,
aku rasa tatabahasa karangan di atas bukan pada peringkat membanggakan atau sekadar memuaskan. tapi usaha untuk mencuba sebaik mungkin ada disitu ;). dua tiga kali aku baca post ni dan aku rasa bangga sedikit dengan pemilihan dan penggunaan ayat diri sendiri diatas. (ayat penyedap hati)

salam.

No comments: