Thursday, December 8, 2011

tenpersen

salam.
ini satu cerita.

Hamit dan Inab sedang memilih barangan yang berkenan di hati. semuanya sudah ada di meja kaunter pembayaran.

" yang ni taknak. yang ni ambik... kejap kejap, nak tengok lagi sekali..."
bimbang sekiranya pilihan tak tepat. memilih apa yang paling berkenan dan sesuai dengan diri. berjimat katakan.  rakan yang tadinya disebelah tidak menghiraukan nya, hanya melihat sekeliling kedai sekiranya masih ada yang belum dilihat.

setelah pasti dengan pilihannya.
"ok, ambik yang ni dengan yang ni je dulu. yang lain saya ambik lain kali eh..yang ni pulak tak jadi lah.. boleh la simpan balik.."

budak di kaunter pembayaran hanya mengiyakan dan mengasingkan barang-barang yang telah tersimpan berasingan dengan barangan lain sejak beberapa minggu yang lalu.

"Inab, ko tak ambik ke barang-barang ko?"
"eh, mesti la ambik tapi tak semua la"

Inab mengambil tempat Hamit. pilih tu pilih ni, asing ni dengan yang tu, fikir lagi sekali dan selesai.
.

.

.

.
Hamit dah bayar, giliran Inab pulak.
"sapu tangan saya tu patblas ringgit ye sebab dulu saya beli saya bayar patblas ringgit"
...... baik.....
"eh, sapu tangan saya ni awak tak bagi diskaun pun!!"
.......alamak.....
"sepatutnya, sapu tangan ni kalau saya beli mesti ada diskaun!! apa-apa barang dalam kedai ni pun!!!"
.......maaf, lupa......
"kalau macam tu awak bagi je diskaun tenpersen kat Inab, nanti Inab bayar saya!!"
........bayar??.........
sedang budak di kaunter pembayaran buat pengiraan untuk pembelian Inab. kira-kira apa yang patut, melipat barang pembelian dan masukkan ke dalam plastik,
"pesan kat ozzy, lain kali kalau saya beli barang kat kedai ni lagi jangan lupa bagi diskaun tenpersen, ganti balik dengan diskaun yang awak tak bagi ni!"
......... eh..........
.

.

.
keesokannya,
bos, "apa cerita dengan Hamit dan Inab semalam?"

penceritaan punbermula..

"laa... sebab tenpersen ker?!!!"
"tau tak dia cakap dengan saya macam mana???"
"bos tau tak????... ci budak tu.......... dah la ak pandai kira....... diskaun........ hari tu.............................!"
.

.

.

.
budak tu,
"kesian kat Hamit. hanya kerana seringgit lima ploh sen.."
.


sekian dan salam.

No comments: