Saturday, December 31, 2011

Dasar penipu

salam,

kebelakangan ni aku selalu dapat mesej bahawasanya aku telah memenangi sejumlah duit tanpa menyertai mana-mana pertandingan mahupun peraduan.
"tahniah. nombor anda telah terpilih sebagai pemenang cabutan bertuah tigapuloh ribu ringgit. sila hubungi nombor yang tertera untuk meklumat lanjut"

banyak dah mesej spam macam ni dan banyak jugak dah di-delete-kan.

"tahniah, sim kad anda telah meraih hadiah percuma sembilan belas ribu ringgit dari shell mlsy. no pin_lima lima dua dua sembilan sembilan. sila telefon di talian 0128339967.www.shell.com" - yang ni aku baru dapat tadi dari hantu yang nombor telefon dia +0178948562.

bagi aku, mereka adalah golongan bijak pandai yang mempunyai kemahiran menipu yang tinggi tapi bangang. sesiapa yang tertipu lagi la bangang bahlol. dialog p.ramlee dalam madu tiga kalau tak silap "dah tahu dia ni keje nye menipu, yang korang tertipu tu pehal??!! bodoh!! bahlol!!........". aku tak ingat ayat betol yang seketul-ketul dia sebut tapi terbayang-bayang scene akhir. part abdul wahub kumpul semua orang, abang bahlol dia abdul wahab dengan badul wahib pastu orang tua nak mampus angkat najis sapa nama tah, aku ingat nama bapak si tiga abdul ni je ismit ulam raja. nama bapak tiga dara tak ingat. tambahan, filem tiga abdul adalah filem p.ramlee yang aku paling suka gila. bagi mereka yang tertipu dengan mesej macam ni aku emagine kejap cara p.ramlee cakap dialog tu kat depan muka orang yang tertipu.

bebalik pada mesej bangang dari orang yang tinggi kemahiran menipu.
dulu, aku padamkan terus bila dapat mesej macam ni tapi kebelakangan ni boleh dikatakan tiap minggu aku dapat. kadang-kadang dalam seminggu sampai dua mesej. ini sudah lebih!! menyemak je!! dan sejak dua bulan lepas aku akan balas mesej yang macam ni.

antara mesej balasan dari aku:

satu. "terima kasih je la. sila la hantar mesej menipu ni kat orang yang bodoh nak telefon ko balik."

dua. "aku tak nak la hadiah ko. sila la bagi kat orang lain."

tiga. "takpe, terima kasih. apa kata ko sedekahkan duit tu kat rumah anak yatim, takpun ke rumah orang-orang tua. dapat jugak pahala nya kan."

empat. "sebelum aku call ko, aku nak hantar nombor ni kat balai polis. mana tau ini adalah mesej penipuan. jadi jangan buang nombor sim kad ko yer"

lima. mesej terbaru aku balas tadi: "terima kasih. sila masukkan wang tersebut ke dalam akaun bank islam saya ye, kalau tahu nombor phone mesti tahu nombor akaun kan. tak perlu transit duit ke akaun "shell" kan. kata nak bagi hadiah."

dan aku hanya pernah dapat satu mesej balas dari pihak "hotlink" dulu. dia balas "ok" bila aku bagi mesej balasan nombor dua.

ni baru cerita dasar si penipu sindiket mesej bangang belum lagi masuk bab cerita orang menipu depan-depan ko sampai tahap ko nak cabut je mulut dia. lagi baik ko cakap dengan orang bisu guna isyarat tangan segala bagai dari bercakap dengan orang yang menipu je. dari seratus peratus fakta atau ayat yang keluar dari mulut dia, ko boleh percaya dua puloh ke empat puloh persen je. tu lagi baik dari bercakap dengan manusia yang memang keje dia menipu.

tipu la kalau aku kata aku tak pernah menipu kan. aku ni bukan baik sangat pun. orang baik sangat pun ada menipu. aku ada satu soalan yang hanya memerlukan jawapan "ya" atau "tidak"

"saya tidak pernah menipu"

nampak sangat tu soalan perangkap macam soalan dalam ujian personaliti sidek. tapi percaya atau tidak bahawasanya ada mereka yang menjawab "ya". percayalah.

sekian dan salam.

1 comment:

Anonymous said...

yup...ceq pun dapat mesej yang sama.. tapi ceq tak reply pun. Lantak kat dia la.. Huhu..