Saturday, July 18, 2009

Kn4p4 Shah RUkh KHan?!!!

isu lapok tp bila bc brita harian td aku mmg setuju bhwa tak logik bila SRK dpt anugerah datuk.. dulu nak bt post ttg ni tp aku tak tau nak bandingkan SRK dgn sapa wlupun time tu mmg 100% x stuju.. br tadi dpt info yg mmg baekkkk punya.. aku rasa Reema Khan (pelakon, pengarah, produser dr Pakistan) lebih layak dan patut dpt anugerah tu..


Kenapa Shah Rukh Khan saja?

KEMBALI bercerita mengenai dunia perfileman Bollywood, tiba-tiba pelakon ini menyentuh topik penganugerahan gelaran Datuk kepada aktor Shah Rukh Khan.

Bukan tidak menghormati pelakon itu, tetapi Reema tidak melihat jasa dicurahkan aktor terbabit terhadap negara ini sebesar mana.

"Ketika menjayakan filem Don, dia bukannya mengarah, menulis atau menerbitkan filem terbabit, sebaliknya hanyalah berlakon. Sedangkan, saya melakukan kesemuanya terhadap filem saya, sebagaimana saya sudah banyak membawa pelabur luar ke negara ini.

"Saya sudah ke negara ini sejak 2004 lagi, ketika menjayakan penggambaran iklan Pepsi. Setahun kemudian, saya menerbit dan mengarahkan filem pertama, Koi Tujh Sa Kahan, di Malaysia. Pada 2006, saya kembali lagi untuk menjayakan iklan Pepsi dan tahun berikutnya untuk Anugerah Lux, diikuti penggambaran iklan jenama kecantikan itu pada 2008. Kini, saya merakamkan filem di sini sekali lagi.

"Rasanya, banyak juga jasa saya sumbangkan untuk promosi serta pelaburan di negara ini. Tetapi, saya tidak apat apa-apa pengiktirafan. Mungkin tiada pendedahan media membuatkan orang Malaysia tidak sedar khidmat saya di sini. Bukan merayu, tetapi jika pengiktirafan sebegitu diberikan, ia setidak-tidaknya memberikan galakan untuk saya terus berkarya dan berjasa di negara ini," katanya sambil berterus terang menganggap Malaysia sebagai rumah kedua.

Katanya, sudah banyak negara dan benua yang dijejaki tetapi dia jatuh hati dengan negara ini dengan mudah kerana keindahan serta keramahan rakyatnya.

"Lebih penting, ia sebuah negara Islam yang aman. Bukan saja makanan halal mudah ditemui, saya juga berasa selamat apabila keluar berjalan-jalan. Malaysia juga negara yang bersih, penduduknya merendah diri, berbudaya serta senang memberikan kerjasama," katanya.

Reema sendiri pernah menulis beberapa artikel mengenai Malaysia serta keindahannya, yang dimuatkan dalam akhbar Urdu di negaranya.


alaaaa..
pendek kata, reema ni nak anugerah dato' jugak ker??? hehehe..

nak tau lbh psl dia.. jom pegi site ni.. dan artikel BH ni disini..

3 comments:

reema khan said...

tudung tak pakai jugak, ikut islam ke?

ju3 abdullah said...

reema khan:::
itu aku tak tau..
kena tanya dia sendiri..^^
eh, bukan yg bertanya ni REEMA KHAN ker??? ermmmm...

reema khan said...

hoi kau ni kasarnya,
jgnlah cakap kau aku,
ckplah saya awak

bangangnya mana ada reema khan tau ckp melayu huihuihui