Monday, September 10, 2012

Best respon to "Untungla siapa jadi cikgu"

salam.

ada dua respon yang aku sangat suka baca.. berkali baca pun tak bosan...
berkali baca pun, akan timbul reaksi yang sama macam pertama kali baca...
selamber, lawak, tepat dan sinis..
bila kita suka sampai rasa nak tepek je dalam blog.. maka jadila ini..

maklum balas paling hebat aku baca dan rasa adalah dari blog http://malaysiandilemmas.blogspot.com dan http://pettoographer.blogspot.com. hebat punya pasal terus aku buat link kat sebelah layout ni...


1. http://malaysiandilemmas.blogspot.com/2012/09/reply-untung-la-sape-jadi-cikgu.html

1. Betul dah cikgu gaji 2K. Tambah-tambah elaun adalah dalam RM 3000.Standardnya mcm tu la. Memang layak la cikgu-cikgu ni dapat gaji sedemikian rupa. Diorang belajar nak dapat ijazah. Jgn la banding dengan operator kilang. Ni namenye perbandingan bodoh atau dalam bahasa baiknya perbandingan orang tak cerdik. 

2. Secara hakikinya memang cikgu masuk keja pukul 7.30 keluar pukul 4.30 petang. Tapi! Balik karang kene menanda kertas, buku, buat RPH, buat ABM. pikir disiplin budak. Mesyuarat seminggu sekali kene masuk. Kelas tertinggal kene kejar balik. Meh sini aku nak citer lagi, lepas tuh kene buat analisis kedatangan, analisis subjek, pelajar lemah pelajar bijak. Kalau keje lain ade? Bila nak mengadap anak bini plak? 

3. Cikgu nih keje around the clock. Balik rumah pon pikir lagi apa nak ajar esok. Kalo jadi operator kilang (bukan aku hina, tapi ko pilih perbandingan ni) tak de nye nak pikir bagai. Ko igt time menanda buku budak malam-malam buta tu dapat OT ke? Kalo dokter, datang keje malam dapat OT. Kang cikgu dapat OT kang, lagi ko jaki pulak.

4. Cikgu ada annual leave. Sume orang pon ade. Cikgu ada 12 hari je setaun. Cuti ujung taun tu ko pikir duduk lenggang kaki ke? Mesyuarat jalan, kursus jalan. Belum lagi kene panggil dgn PPD, Jabatan Pelajaran Negeri. Cuti yang 12 hari setaun tu la, nak bawak mak abah sakit pegi klinik, amek anak sekolah asrama, tgk anak kat universiti. Kalau sume boleh plan time cuti ujung taun je senang. “Mak abah, kalau nak sakit tunggu ujung taun ok. Jah sebok”

5. Eleh, ko cerita nak maen blog jual kain bagai. Takkan maen blog pon salah. Tulis entri bukan smpai sehari. Ko pon update blog gak. Cikgu jual kain pon ko nak pertikaikan. Selagi tak ganggu dalam P&P dia dalam kelas, tak salah rasanya. Kitorang ni, nak jawab henpon dalam kelas kalau tengah mengajar pon salah. Tau dak? Kalau rumah terbakar pon, tau-tau dah hangus. Kalau online FB tengah mengajar tuh, jangankan ko, aku pon tak puas ati. Tapi rasenya kalau nak ckap cikgu, orang keje lain pon buat jugak...


6. Pasal cikgu yang bukak pusat tusyen nih, selalunye cikgu nih dah resign dari jadi cikgu. Tapi kalau buat kelas tambahan kat rumah tu ade lah. It upon syarat punye ketat. Ko tau tak? Bukan senang-senang je nak buat tusyen kat rumah tu. Lagi 1, ko pikir senang-senang ke cikgu nih nak ajar ala kadar je dalam kelas? Kalau budak-budak tak dapat skor, sia-sia kene panggil smpai ke peringkat negeri. 

7. Ko pikir cikgu senang-senang nak escape sekolah. Yang kene hantar pegi hospital tu, kalau apa-apa jadi, ko nak tanggungjawab? sesetenga Mak ayah tau, “Cikgu salah! Anak saya trauma! SAMAN!!!”. Sedangkan cikgu tu lah yang selamatkan budak tu jatuh longkang ke. Jangan senang sgt nak bersangka buruk. Orang yang pandai sangat bersangka buruk nih mesti sebab dia pun selalu buat benda buruk. Tak gitu? HAHAHAH~

8. Ok la. Yuran mansuh. PIBG? SUWA? Ko pikir bende tuh nak kumpul sendiri? Lepas tuh, duit peruntukan kerajaan bagi tiap-tiap tahun tuh? Sape yang nak memikirkan? Takkan pak guard ngan tukang kebun plak? Bukan cikgu-cikgu ke? Ceh... suke cakap pakai lutut tau, geram I... rase nak cubit-cubit je perut u. #Dush!

9. Sekarang ni, tak ada dah budak-budak nak masukkan markah. Nak log in web kementerian tuh pon ada macam-macam etikanya. Nak suh budak-budak buat pe? Hanya kerana cikgu ko MINTAK TOLONG dulu yang ko berkira sampai sekarang, tak bermakna semua cikgu sama dan hanya pikir nak senang kerja.Kadang-kadang orang mintak tolong tu bersebab.


Zaman sekarang, budak-budak ‘nakal’nya dah lain macam. Setakat tgk blue tuh, darjah 2 tu standard dah. Bukan semua mak bapak mcm ni, tapi sesetengah tu, semuanya nak salahkan cikgu. Asal jerit sikit, tengking sikit, rotan sikit dah SAMAN je. Ko pikir nak didik budak 1 kelas mcm ne? Alangkan anak 3 org pon kadang-kadang mak ayah pening kepala jaga. Bayangkan sekelas nak jaga. Dapat plak yg macam ko. Sebulan mengajar dah layak pakai tittle arwah.

Jangan senang sangat nak memperlekehkan profession keguruan ni. Apa yang kau ada sekarang ni pon hasil didikan cikgu-cikgu ko. Bersyukur la pada tuhan sikit. Jgn kufur nikmat sgt. HAHAHAHAHA. Kalau nak tau senang susah keja cikgu ni, try la. Aku bg 2 minggu je.... lepas tuh ko sure chow.

Allah memang angkat orang yang menjaga dan memelihara Ilmu. Nabi pon cakap “Jadilah orang yang mengajar ilmu, belajar, pendengar ilmu dan pencinta ilmu. Janganlah jadi golongan kelima. Nescaya celakalah.” Agak-agakla... ko dari golongan 1,2,3,4 ke???????? 5?



2. http://pettoographer.blogspot.com/2012/09/untung-lah-sapa-jadi-suami-cikgu.html?spref=fb


Sebagai pekerja swasta dalam industri perkapalan dan berbini seorang cikgu, aku merasa untung menjadi laki seorang cikgu sebab hari-hari aku pergi sekolah hantar bini depan pintu pagar. Dalam sekolah tersebut ada 1500 pelajar dan cikgu-cikgu lebih kurang 100 orang barangkali. Cikgu-cikgu cun sama manis-manis serta bujang dalam 4-5 orang sekali sekala aku dapat usha sepintas lalu tiap-tiap pagi. Belum termasuk awek yang jual nasi lemak depan simpang sekolah. Untung la aku dapat tayang muka hari-hari depan depa semua.
 
Sebagai cikgu kaunseling, gaji bini aku banyak habaq hang! Kerja dia jaga budak-budak sekolah saja. Senang habaq hang! Kalau budak-budak ada masalah lari dari rumah, boyfren & girlfren merajuk, mak bapak tak bagi kasih sayang penuh dan masalah menari Gangnam style semua bini aku boleh cover. Pehhh. Terer gila nak habaq kat hang! Itu belum termasuk budak-budak nak bunuh diri sebab boyfren dah ada awek kat sekolah lain. Senang kan kerja dia? Senang kan? Nampak?
 
Untung la sapa jadi laki cikgu sebab aku akan dengaq dia bercerita tentang kerja dan masalah budak-budak sekolah. Sampai malam pun ada mak bapak yang rajin talipon bini aku tanya tentang masalah anak-anak depa. Untung la sebab kadang-kadang bini aku yang talipon depa. Bil talipon? Takpa, aku ada, aku boleh bayaq. Gaji aku tak la banyak macam Engineer. Tapi ada la duit serba sikit. Kalu tak cukup, gaji bini kan ada. Lebih 2k sebulan. Gila hang! Banyak tu. Berbekalkan 2k lebih sebulan cukup-cukup buat belanja kat Pavillion. Tapi bini aku suka shopping kat Uptown saja. Untung kan? Kalu jadi Engineer mesti dapat shopping kat Paris sama London. Bil dan duit rumah, kereta sebagai laki, mestilah aku yang settle. Duit kereta proton sama rumah atas tanah aku boleh cover. Tapi tak sama la macam kereta engineer BMW sama rumah 5 tingkat macam engineer.
 
Cuti bini aku banyak oi habaq hang. Tiap kali cuti sekolah, bini aku cuti. Tapi dia tak mau cuti sebab kena pi kursus pulak. Punya la rajin cikgu ni kan? Bila dia nak bercuti, aku pulak kena kerja. Jadi dia sambung la kerja-kerja rumah, jaga anak dan macam-macam lagi kerja dan projek sekolah dia. Untung habaq hang! Aku balik rumah bini dah siap masak semua. Aku tak payah buat apa dah. Dia boleh jaga makan minum aku dari pagi sampai malam. Cuti dia habis macam tu saja kadang-kadang sebab aku tak dapat cuti. Senang jadi cikgu ni kan?
 
Untung la jadi laki cikgu sebab kadang-kadang bini aku kena marah dengan mak bapak budak-budak sebab mak bapak sekarang cakap cikgu yang jaga dan membentuk anak depa. Kalau silap semua salah cikgu. Kita kena salahkan cikgu atas semua masalah sosial sekarang. Masalah gangnam style jugak salah cikgu sebab cikgu yang banyak main facebook, youtube dan online shoping. Semua salah cikgu oi. Orang lain mana main fesbuk, update blog dan tutup blog. Nampak? Senang kan kerja cikgu?
 
Pengetua marah pun cukup senang. Nak menjadikan seseorang sebagai budak berguna kita serah saja pada cikgu, sebab engineer tak mampu nak mendidik anak bangsa. Kita bagi sama cikgu saja sebab kerja depa senang habaq hang. Apa duk gaduh? Sebagai engineer Liyana, doktor,engineer Liyana, menteri, Engineer Liyana,tokeh kilang taugeh,  Engineer Liyana,drebar lori, kerani di pejabat engineer Liyana, tukang paip, makcik jual nasik lemak semua tak sama macam kerja cikgu. Semua kita ni kerja susah habaq hang. Gila betui! Mana ada masa nak didik anak bangsa. Kita bagi saja tugas sama semua cikgu. Cikgu kan kerja senang.
 
Untungnya aku sebab aku boleh jadi kaunseling sama bini aku bila dia ada masalah, aku bagi semangat sama bini aku. Untung la dapat luangkan masa dengan bini aku. Kalau bini aku kerja engineer macam Liyana, mungkin aku jumpak dia sebulan sekali saja. Gaji bini aku mungkin lebih dari gaji aku. Jadi aku tidak berkuasa penuh lagi sebab kuasa duit lagi power mungkin. Mungkin dia akan ada scandal dengan Datuk-Datuk dan Aaron Aziz mungkin. Mungkin dia suka ke Paris dan London untuk bershoping. Sebab itu aku suka dia jadi cikgu habaq hang. Cikgu kerja dia pi sekolah awal, balik sekolah pun awal. Jadi cikgu senang sebab mendidik anak bangsa adalah perkerjaan "PALING SENANG" dalam dunia ni.   
 
Untung la sapa-sapa yang dah kerja sebenarnya. Untung lah kita ada duit makan. Untunglah kita kerja sebagai penyapu sampah sekali pun. Untung lah kita menjual nasik lemak tepi simpang. Untung lah kita kerja doktor dan kontraktor. Untung lah kita yang duduk kerja di Malaysia. Untunglah mat-mat bangla yang kerja untuk kita. Untung lah sapa-sapa yanag baru jadi engineer tu. Untung habaq hang.
 
Oleh itu, marilah kita semua jadi cikgu sebab kerja cikgu adalah yang paling "senang" dalam Malaysia ini. Sebab kerja Pegawai Perkapalan, Doktor, tukang buat roti canai, tukang basuh kapal terbang dan sebagainya adalah kerja-kerja yang susah. Yang paling susah kerja engineer. ada orang cakap engineer kerja susah. Tapi aku tak tau kerja engineer macamana, aku tak tau kerja cikgu macamana, aku tak tau kerja kerajaan macamana, yang aku tau kerja aku kat swasta ni pun ada susah dan ada senang. Nampak aku tengah update blog? Nampak tak kesenangan di situ? Nampak?
 
Sebenarnya semua kerja susah. Aku sebenarnya nak jadi SUPERMAN. Tapi nampak kerja dia pun boleh tahan susah. Kena terbang sana sini dan menyelamatkan dunia dari orang jahat. Bila aku pikir-pikir balik, susah pulak jadi Superman.
 
Oleh itu, aku rahsiakan identiti aku sebagai Superman sampai sekarang. Supaya aku ada masa untuk beribadat kepada Allah SWT dan meluang masa untuk keluarga aku.
 


Aku tak ada mintak izin tuan punya blog pun nak tampal dalam nih...
Dua minggu lepas baca respon-respon yang berkenaan tentang hal yang sama tapi baca balik bila housemate bercerita dan terus bagi link dua blog nih... 


tak kena saman kot ;)

salam.

2 comments:

Hisyam Syahmi said...

hahahahahah. insyaAllah sy TAK saman.nak terima kasih lg ade. :) lawa blog. kaler2 siap. :)

tuan tanah malaysiandilemmas.blogspot.com

soya said...

huhu..
tuan tanah belog malaysiadilemmas bagi komen kat belog saya..

wahhhh... terima kasih sebab tak saman.. hehe..


tuan tanah soulsoya.blogspot:)