Wednesday, September 12, 2012

Masalah... Dugaan

salam.

setiap orang ada masalah atau dugaan.
takda org yang hidup kat dunia ni takda masalah atau dugaan.
ko tengok orang tu kaya, ko tak tau family atau hutang dia macam mana.
ko tengok orang tu cantik hensem, ko tak tahu hubungan dia dengan orang lain.
ko tengok orang tu sentiasa ceria, ko tak tahu dalam hati dia macam mana.

dan,
bila kita ada masalah or tiba-tiba ko dapat masalah atau dalam bahasa baiknya dugaan,
dan masalah aka dugaan yang datang tu ko rasa sangat maha berat,
mungkin sebab ko takda masalah sangat dari segi lain maka Dia bagi masalah dari segi itu.
contoh: keje ko ok, kalau ada masalah pun masalah keje.. biasalah, dah namanya keja, kalau takda masalah takda keja kan.. pastu hubungan dalam  family pun ok.. kawan-kawan ok, rakan sekerja ok... tiba-tiba ko dapat masalah dari segi kewangan.. macam tiba-tiba ko dapat tau ko berhutang nak dekat 90k!!! contoh je...

jangan pulak ko asyik pikir masalah asyik datang kat ko jer.. semua bermasalah. keluarga, kerja, hubungan dengan orang lain, kewangan, teman istimewa.. semua lah.. 
eh, ada kan orang macam ni..

"dah la aku gaduh dengan kakak aku, pastu kerja kat ofis tu tak sudah-sudah, ada jer masalah. dah la aku tak ok dengan dia tu... aaahhhh, duit gaji ada pun lebih separuh guna bayar hutang.. semuanya mahal.. jiran aku?? huh... bla..bla..bla....apa la nasib?!"

semua tak ok... ko la yg paling malang... kesian..

aku rasa ada benda patut kita kongsi dengan orang yang kita percaya.
bukan niat nak membuka pekung di dada, mungkin sekadar niat nak kurangkan beban di hati. tapi tanpa kita sedar kebanyakannya, bila berniat untuk mengurangkan rasa beban sebab takleh simpan sesorang, dan bagitahu pada orang yang dia percaya.. gunalah pilihan bahasa yang betul. Apabila manusia beremosi yang amat, kita tak sedar dalam masa kita "mengurangkan beban di hati", kita mengata mengutuk orang lain yang ada kaitan dengan cerita tu.

dan "berkongsi rasa beban dihati dengan orang yang kau paling percaya", bukannya bermaksud kau bagitau orang-orang yang ko rasa mereka boleh simpan cerita ko.. sila faham konsep tatabahasa bahasa melayu dengan betul (walaupun bahasa melayu aku tak sampai tahap cemerlang, gemilang dan terbilang aku masih boleh paham) >>> berkongsi rasa beban dihati dengan orang yang kau paling percaya.. PALING PERCAYA.. perkataan paling adalah untuk satu.. kalau da ramai orang yang ko percaya, carik yang paling ko percaya.. kalau ada ramai orang yang ko paling percaya, carik yang paling paling ko percaya dan seterusnya sampai la ko jumpa SATU orang yang berhak untuk ayat paling paling paling paling paling percaya ko tu.

kalau tak jumpa jugak, aku taktau la... kesian..
perkataan lonely memang sesuai untuk ko.
tapi takpe, sekrang zaman teknologi canggih.. 
facebook, twitter, blog... macam-macam lagi.. 
tapi yang ni memang bukan kategori "berkongsi rasa beban dihati dengan orang yang ko paling percaya"..
sebab banyak sangat paling, tak terhitung kepalingan itu..ini kategori "berkongsi rasa beban di hati dengan perkhidmatan atas talian yang ko percaya"... takda paling apabila status terkini ditwit pastu muncul di facebook dan penjelasan secara terperinci di blog, 


salam.

aku cuba untuk jadi yang terbaik.

No comments: