salam..
cerita lama..
menurut kepercayaan masyarakat (tak tau suku kaum mana) yang menjangkakan tarikh tersebut kiamat, pada hari itu aku berada di rumah dan di sekolah memandu pada waktu petang. Pada hari itu jugak aku dengar tapi tak baca pun tentang semua planet yang berada dalam kedudukan yang sama dan kejadian ini berlaku hanya sekali dalam beribu-ribu tahun.. Ada pendapat jugak menyatakan pada hari itu, tiada kiamat tetapi bumi akan mengalami satu kejadian seperti 'blackout' selama beberapa jam, yang ini pun aku dengar je takda tengok atau baca mana-mana artikel yang berkaitan.
seperti yang kita semua tahu sangat.. alhamdullilah..
tak ada apa-apa pun yang berlaku walau 'blackout' sekalipun. dan seperti yang dinyatakan tadi, aku berada di tepat sekolah memandu.. yer, saya agak lewat ambik lesen.. takpe, rezeki sekarang. berbalik kepada aku berada di sekolah memandu dimana aku ada latihan dengan cikgu selama sejam.. 3.30 petang-4.30 petang.. selepas 4.30 petang dan sambil menunggu adik yang rasa bagai menunggu bulan jatuh keriba aku main la game sambil berborak dengan budak yang menunggu sama dengan aku..
cuaca petang baik jer..
cuma nampak la awan tebal dan mendung.. bunyi guruh pun ada dengar dan ada sedikit kilat tetapi tidak hujan.. alhamdullilah.. kalau tak, basah..
aku tengok atas.. kat awan..
eh.. cantik... subhanallah.. cantik.. tengok lagi, cantik..ada warna warni.. ambik gambar.. tengok lagi.. ambik gambar.. tengok lagi.. makin cantik.. ambik gambar sampai la cantik tu tak da lagi...
nampak garisan itu?? yang atas awan bahagian yang cerah tu.. itu sebenarnya warna yang sangat cantik... macam waena pelangi..
bila tengok untuk kali ketiga,makin cerah warnanya...
masa ni.. aku rasa nak alih guna tangan je awan besar tu..
gambar sebelm jawab panggilan telefon..
tengok lagi.. eh, dah kurang..
normal seperti biasa..
kejap je.. aku rasa tak sampai 20minit pun..
secara saintifiknya mungkin berlaku proses pantulan cahaya ke apa ke yang aku tak tau.. tapi memang cantik.. dalam gambar ni tak berapa jelas warnanya, camera pun 5mpix je... tapi nampak la jugak kan..ada jugak benda nak dikongsi yang aku rasa cantik sangat.. mungkin ada orang yang dah biasa kot tengok yang macam ni tetapi ini adalah yang pertama untuk aku.. jadi aku rasa macam."wah~~~ awesome..nice.. cantikkkk sgt"....... subhanallah......
gambar-gambar di atas adalah dari BB9900..
salam...