Tuesday, January 28, 2014

Selamat tahun baru.

salam..

tengok arkif.. ada 5 post je tahun lepas..
tak pe.. dah tu je yang ada.. baik dari tak ada kan..

jom cerita tentang kerja.
bila bekerja ni macam-macam jadi.. yang bukan kerja kita pun kerja kita jugak..
tapi kalau benda tu bukan kerja kita (maksudnya orang lain yang jadi boss, kita hanya "saya yang menurut perintah") adakah hak untuk menegur adalah tidak boleh.

di pagi yang panas ini setelah dua minggu dilanda kedinginan dan kesejukkan, suhu dalam ofis pun naik. yang pasti sebab aku.. sebab aku tegur kerja orang bila boss tak ada di tempat kejadian (petang semalam). dan pagi ini aku cerita sendiri dekat boss aku tegur bebudak ni.. its not that i blame or marah diorang, its just teguran. but seriously im disappointed. When i told her what happen yesterday she said, "ok, its not appropiate to told them what are they lacking in the 1 day of program and shouldnt do that. For me, if it is my program i will not do that because i will tell them at the end of the day (mean post mortem after the program). if u tell them now, theres nothing to 'tegur' if they done it well. so ....................................................................................................
......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................... if my program i will do it like this. maybe this is your way but if it is my program i will not do it like u. if it my program la."

so, i dont have a chance to tell her my opinion when she keep telling me 'if my program, i will do it my way".. but then me also part of it. 'teamwork'????!!! tegur pun tak boleh??? im not act like im the boss. i told u this because u do the same when its my turn to lead the team. 

now.
because i dont have a chance to tell u my opinion.. i hope u will read this.
"i tegur sebab pendirian i ialah, program ni ada dua hari lagi. kalau i tegur kekurangan mereka sekarang mungkin mereka boleh perbaiki apa yang kurang. bila yang kurang tu boleh diperbaiki, yang tak buat kerja akan buat kerja, yang ponteng takkan ponteng dan mungkin diorang akan buat kerja yang lebih mantap. i tegur dengan harapan kekurangan tu tak ada dalam dua hari dimana diaorang perlu kerja bersama lagi. bagi i, kalau dah tegur tapi mereka tetap taknak ubah itu cakap la dalam postmortem dan kalau mereka buat dengan baik lepas ditegur, itu pun boleh cakap dalam postmortem. daya tidak balas setiap orang dalam team sangat penting sebab kalau tak puas hati pada hari pertama program apatah lagi hari seterusnya. i tak marah atau cakap dengan nada yang tak baik. i tegur dengan cara yang bagus. i puji diorang tapi dalam masa yang sama i tekankan apa yang kurang. lagipun i rasa kalau nak tegur hanya pada waktu postmorten kita tak boleh tengok perubahan diaorang sebab mungkin orang lain yang akan buat dan bukan team yang sama."
.
.
.
.
.
.
.
aku tak kecewa atau marah bila dia bagi tau tak patut tegur pada hari pertama program tapi rasa kecewa tu menggunung bile dia kata 'this is my program, my way and u bukan ketua so must be my way' but then all this while u showed me your way and it is not this way and i just act as u always did.

lepas apa yang boss cakap..
aku rasa lepas ni tak ada dah sesi menegur semasa program kalau dia yang mengetuai semuanya. its been two years since im here and u keep telling me and showed me how 'teamwork' is but then if this is the your 2014 'teamwork', i will do it as u said. ok boss (^.~)

saya yang menurut perintah,
soya~~~~

salam..

Friday, October 18, 2013

Assalammualaikum soulsoya.blogspot

salam...

sedar tak sedar lama dah aku tak menaip di ruangan ini.. hujung tahun dah... 
alkisah nya.. bila ada rasa nak update post, tunggu la.. nanti laa.. bila rasa rindu nk meluah perasaan, ermmmmm.. bila rasa nak kongsi cerita best, lucu, serius pun... nanti laa... last-last, setengah tahun tak berupdate..

kalau nak diikutkan dulu blog ni pada awalnya bertujuan sebagai satu medium perkongsian cerita atau kisah yang lawak, lucu dan yang seangkatan dengannya.. lepas tu terkongsi pulak dengan cerita jalan-jalan sendiri.. lepas tu cerita diri sendiri... lepas tu macam-macam jenis post.. tapi tak banyak.. rasanya golongan yang sama tahun mewujudkan blog sendiri pada masa aku mula menjinakkan diri dengan blogspot ni pun dah sangat maju dengan blogspot masing-masing... 

aku??? macam ni la...bukti orang yang malas dan bertangguh kerja.. (alam maya sahaja. di dunia realiti, gila nak buat macam ni) aku rasa kalau la blogspot ni ada efek kat peratusan tahap kerja aku memang lama dah kena buang kerja...

keinginan nak meng-update blog ni mungkin ada kena mengena dengan perubahan hormon aku sekarang...
weiiiiiii.. 
steressssss dowwwwwwww.. 
sampaikan kitaran haid aku pun terefek sekali!!!!!!!!!

nak kata aku stress sampai tahap nak menangis keluar air mata bengkak mata tak ada..
dan yang pasti ini bukan angkara perhubungan dengan orang lain..
yang pasti ini angkara timbunan kerja yang aku rasa makin hujung tahun makin banyak nak kejar..

ingatkan lepas melepaskan penat lelah di gua niah masa cuti raya haji akan lega, dua hari lepas tu.. hambekkkk!!! surat-surat datang atas meja...

tarik nafassssssssss...........
tahannnnnnnnnnnnn..........
lepaskan perlahan-lahan........

ulang dua tiga kali......

tarik nafas lagi.....
tahannnnnnnn....
lepaskan dengan jeritan...

hah!!!!!

mak pesan :
"tak baik mengeluh pasal kerja yang bagi kita rezeki.. itu dah rezeki kita.. tugas kita adalah buat.. cabaran, berat, ringan, susah, senang kerja adalah sebab itu adalah kerja.. kalau tak macam tu bukan kerja namanya. jangan bandingkan kerja kita dengan orang lain.. masing-masing ada kerja. susah senang sesuatu kerja, orang yang buat kerja itu yang merasa. kita merasa sebab itu adalah kerja kita"

terima kasih mak~
sayangggggg mak~~
(^_~)

salam semua..

Sunday, April 7, 2013

Post tertangguh - Doa.

salam,

tangguh punya tangguh satu bulan berlalu..
dalam sebulan ni bukan takda masa.. banyak masa tapi nak sign in pastu taip benda yang nak ditulis tu macam ada lebih satu tan berat jari jemari nak bukak.. bukak benda lain ringan la pulak..

sebulan yang lalu aku ada terbaca satu blog yang aku follow.. pokapola..
dia cakap pasal berdoa di facebook.. sebenarnya lama dah aku nak tulis benda ni.bukan nak mengata orang yang mengajak kita berdoa tu.. tu benda baik... tapi yang dok marah sebab kita tak berdoa.. pelik betul.. macam mana dia boleh tau kita berdoa atau tidak.. hanya sebab status di facebook, ko boleh assume orang tu berdoa atau tidak.. perlu ke mencanang kat orang kita ni berdoa ataupun solat berdasarkan status di facebook atau twitter atau yang seangkatan dengannya.

bila pokapola.blogspot.com tulis benda ni aku biasa la terus mintak izin nak copy paste dan dapat persetujuan tapi sampai semalam tak jugak aku copy paste.
...................................................................................................................................................................




soya said...
sokong 110%!!!!
terbaek.. hahaha..

nak copy paste dan link post ini boleh???
PokaPola said...
Ha sila-sila.

..................................................................................................................................................................

ye.. aku tahu.. aku ni memang selalu copy paste post orang dalam bog sendiri..
dah tu nak buat cam ne.. memang post yang aku copy paste tu best, seronok baca.. buat apa aku nak susah payah tulis sendri bila ada orang lain dah buat post yang sememangnya best.. dan aku tak tukar apa-apa pun dan aku mengaku aku copy paste, dapat kelulusan tuan asal punya post, buat link yang sepatutnya dan nah.........

...................................................................................................................................................................

Berdoa di Facebook

Hai. Salam kesedihan serta salam kebimbangan. Sekarang bukan lagi masa untuk melaungkan salam hormat atau bersalam-salaman kerana sepertimana yang begitu kecoh dan heboh sekarang, negara kita dilanda puak luar yang jahatnya ya ampun. Jadi mari bersedih dan bimbang. Tapi jangan panik, teruskan dengan hidup dengan normal umpamanya bergambar di dalam tandas atau pun pakai seluar londeh-londeh.


Sedar tak sedar ye tuan-puan, di kala ada sesuatu yang berlaku baik di dalam atau di luar negara, laman sosial pastinya laman yang bakal hangat dengan perbincangan, makian, kutukan serta puji-pujian. Aku juga tidak ketinggalan berbincang, memaki, mengutuk dan memuji sesetengah pihak bila ini berlaku. Al-maklumlah, biarpun sebegitu kacak, jangan dilupa tuan-puan bahawa aku masih insan biasa.


Cuma aku tertanya-tanya juga. Adakah wajib bagi kita orang Malaysia untuk menulis status berkaitan isu semasa di laman-laman sosial setiap masa berlakunya apa-apa kejadian?


Sebagai contoh. Petang tadi semasa aku sedang melayari sebuah laman sosial yang bernama Facebook, aku terlihat, dan aku tergamam, serta aku tergelak kecil, apabila ada satu atlet Malaysia yang namanya tidak perlulah ditulis di sini, memohon dengan bersungguh-sungguh supaya semua umat Malaysia mendoakan agar keadaan di Sabah kembali normal dengan kadar segera.


Itu bagus. Namun ada serangkap ayat yang menggamit aku untuk maki beliau sikit. Ayat beliau berbunyi lebih kurang begini :


 "Rakyat kt Sabah brtarung nyawa utk slamatkn diri drpd penceroboh tp rakyat kt semenanjung sini xabes2 dgn 'goal..bola..MU..'..bknnya nak berdoa utk keselamatan sabah..brtimbang rasa laa sikit,xkn nk tggu diri sndiri ditimpa musibah bru nk berdoa????" -atlet.


Ya tuan-puan sekalian, adakah kau juga tergamit mahu ketawa? Bukan ketawakan soal isu di Sabah nun di sana. Cuma ketawakan ayat beliau yang terakhir. Takkan nak tunggu diri sendiri ditimpa musibah baru nak berdoa katanya.


Semenjak bilakah laman sosial berubah menjadi pusat kegiatan berdoa? Cuba beritahu aku sikit. Kalau betul lah begitu kiranya, maknanya aku jarang gila babi lah berdoa sebab tak pernah aku tulis status di Facebook berbunyi "Aku berdoa..". Kalau macam tu, mak aku, abah aku, mak kau, abah kau, mak jiran kau, abah jiran kau serta mak-mak dan abah-abah yang lain juga aku kira tidak pernah berdoa. Tak malu ke tak berdoa?


Aku faham, di kala situasi sebegini, umpama juga situasi di Palestin, bila suasana tengah hangat, semua mahu berlagak ustaz dan ustazah di laman sosial tak lupa juga yang berlagak orang kuat kerajaan serta orang kuat pembangkang di mana-mana laman sosial. Itu aku faham. Tetapi, janganlah pula ku pergi bantai golongan yang kau tuduh secara membabi-bita 'tidak berdoa' serta 'tidak kisah' akan situasi yang berlaku. Itu bangang serta bahalol samdol unta namanya.


Nak buat berdoa di laman sosial, berdoalah. Orang lain masih ada hidup sendiri, masih ada yang menonton bola sepak walaupun situasi di Sabah begitu tegang sekarang. Tak salah aku kira kalau nak tulis apa-apa pun di mana-mana laman sosial sekarang. Macam yang aku tengah tulis blog ni. Walaupun aku tak tulis pasal 'mari mendoakan...' situasi di Sabah, kau tahu ke tak betapa bimbang dan runsingnya aku sekarang ni? Aku pasti ramai juga yang macam aku. Sambil terlentang tengok TV pun aku boleh berdoa juga bukan?


Sekian sahaja makian saya kepada atlet buta perut tersebut. Jika ada orang Sabah yang membaca, aku doakan selamat maju jaya, jangan mahu jadi hero, serahkan kepada pihak berkuasa menangani masalah ini. Aku dengar Jumaat ini ada aktiviti meletak bunga di hadapan kedutaan Filipina di Malaysia bagi mengingati mereka yang terkorban. Siapa-siapa yang free tu pergi lah sokong. Bukannya protes, cuma sebagai tanda keamanan serta tribute kepada pahlawan negara.

..................................................................................................................................


perenggan yang terakhir tu ayat bela diri..
biasa la orang yang copy paste ni memang terasa sangat kalau berkaitan post copy paste.. ok.. itu saja..


salam..

Sunday, February 17, 2013

Budak zaman sekarang

Salam...

Jalan-jalan di twitter, nak tengok twit-twit yang lawak.. last last taip budak zaman sekarang.. banyak jugak twit pasal budak zaman sekarang yer.. yang bestnye, kebanyakkan yang bagi komen pasal budak-budak zaman sekarang adalah dari generasi yang sama.. aku pegi la tengok profil mereka-mereka yang bertwit ni, mana tau seumur dengan aku..boleh la follow, tambah kenalan.. sekali, sama je "budak zaman sekarang"..

contoh:
budak yang twit tu berumur 15 tahun dan dia twit pasal budak zaman sekarang yang umur dia 13 tahun tapi balik rumah lewat tengah malam.. beza umur 2 tahun je pun.. bukan ke sama je generasi.. kalau beza umo sampai 10 tahun boleh la aku terima... ish..ish..

adik,
yang membezakan awak dengan mereka yang muda tak sampai 5 tahun dari awak tu bukan sebab zaman tapi sebab perbezaan persekitaran awak tinggal atau dibesarkan..




bukan tak puas hati.. naK kata menyampah tu takda la jugak.. rasa macam "come on la adik-adik sekalian"... susah nak paham.. macam rasa susah nak paham ejaan perkataan budak aka remaja yang pelik-pelik.. lidah nak mengeja pun berbelit.. tak tulis contoh perkataan pun tak reti.. adik aku pun dah tak bemesej guna ejaan pelik-pelik tu sebab kene 'ceramah' dengan aku.. bagus-bagus pegi sekolah belajar mengeja betul-betul, sekali guna ejaan tah pape.. nak sebut pun payah.

ini kali ketiga aku sebut pasal ejaan pelik-pelik dalam blog ni.. nampak ada perubahan sedikit, tak ramai lagi dah yang guna ejaan yang pelik itu (pemerhatian dari twitter dan facebook saya sahaja) sebab ramai yang dah mengisukan perkara ni dalam blog, facebook dan twitter..

bila terfikir pasal zaman membesar ni teringat pada post yang dishare di facebook pasal kenangan membesar tahun 90-an dan awal 20-an.. susah nak cari balik ni... ermmm...

usaha tangga kejayaan!!

oh ye..
saya adalah budak yang membesar pada zaman 90-an..
dan melangkah masuk sekolah menengah tepat tahun 2000 :)


salam..

Saturday, February 16, 2013

Maid gila.

salam..

aku memang sangat terkejut yang amat bila tertengok berita ni kat tv tadi..
sah-sah bukan aku sorang.. ramai yang sakit jiwa sesak dada tengok video ni..
gila la maid ni.. dia ingat roti canani ke nak buat baby tu macam tu..
masih bersisa marah ni bila berita ni ditimbulkan dalam fb.. memang gila..



ok.. sila marah sama-sama...


nak hilang rasa marah dulu...
istifar banyak-banyak..

salam..